Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

221  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0543.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Husyaim memberitahukan kepada kami, 'Ali bin Zaid bin Jud'an memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Abu Nadlrah dimana dia berkata: " 'Imran bin Hushain ditanya tentang solat orang yang bepergian, dimana dia menjawab: "Saya mengerjakan haji bersama dengan Rasulullah s.a.w. dimana beliau mengerjakan solat dua rakaat. Saya mengerjakan haji bersama dengan Abu Bakr dimana dia mengerjakan solat dua rakaat; bersama dengan 'Umar dimana dia mengerjakan solat dua rakaat; dan bersama dengan 'Utsman selama enam tahun dari masa kekhalifahannya atau lapan tahun dimana dia juga mengerjakan solat dua rakaat." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih."

222  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0351.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Sufyan bin Uyainah memberitahukan kepada kami dari Az Zuhri dari Anas secara langsung dari Rasulullah saw bersabda: "Apabila makan malam telah dihidangkan solat telah dilakukan maka dahulukan makan malam". Dalam bab ini terhadap hadis dari Aisyah, Ibnu Umar, Salamah bin Akwa' dan Ummi Salamah. Abu Isa berkata: "Hadis Anas adalah hasan sahih." Hadis ini diamalkan menurut sebahagian ahli ilmu dari para sahabat Rasulullah saw diantara mereka adalah Abu Bakar, Umar dan Ibnu Umar. Hadis ini dipakai dasar oleh Ahmad dan Ishaq. Mereka berkata: "Mendahulukan makan malam walaupun terlambat melakukan solat dengan jama'ah." Aku mendengar Al Jarud berkata: "Aku mendengar Waki' berkata tentang hadis ini: "Mendahulukan makan malam apabila makanan dikhuatirkan busuknya." Pendapat yang dipakai oleh sebahagian para sahabat Rasulullah saw dan lain-lainnya adalah lebih berhak diikuti dan mereka hanya menghendaki agar seseorang tidak melakukan solat sedang hatinya disibukkan dengan sesuatu. Dan benar-benar diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa dia berkata: "Kami tidak melakukan solat sedang hati kita terdapat sesuatu. Dan diriwayatkan dari Ibnu Umar dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: "Apabila makanan malam telah dihidangkan dan solat telah didahulukan maka dahulukan makan malam." At Turmudzi berkata: "Ibnu Umar makan malam sedang dia mendengar bacaan imam." Demikian Hannad menceritakan kepada kami, Abdah memberitahukan kepada kami dari Ubaidillah dari Nafi' dari Ibnu Umar.

223  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0792.
Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengimami kami solat takut. Mula-mula satu rombongan (pasukan) mengikut beliau solat satu rakaat, sedang rombongan yang lain berjaga-jaga menghadapi musuh. Setelah selesai satu rakaat, rombongan pertama pergi berjaga-jaga menggantikan rombongan kedua, sedang rombongan kedua solat bersama Rasulullah saw: Kemudian, setelah Rasulullah saw. selesai solat, masing-masing rombongan menyempurnakan solat mereka satu rakaat lagi."

224  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0326.
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Tatkala kaum muslimin belum beberapa lama tiba di Madinah, mereka berkumpul bersama-sama untuk solat. Mereka kira-kirakan saja kalau-kalau waktu solat telah tiba, kerana belum ada suatu cara untuk memanggil orang ramai berkumpul ke tempat solat. Maka pada suatu hari mereka bermusyawarah membicarakan hal itu. Setengah mereka mengusulkan, "Bunyikan saja lonceng seperti halnya orang Nasrani!" Yang lain mengatakan, "Tiup seruling tanduk seperti orang Yahudi!" Tetapi 'Umar mengusulkan, "Mengapa iidak kita suruh saja seseorang untuk memanggil orang solat?" Maka bersabda Rasulullah saw., "Hai, Bilal! Berdirilah! Panggil orang untuk solat!"

225  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0467.
Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abdurrazzaq memberitahukan kepada kami, Ibnu Juraij memberitahukan kepada kami dari Sulaiman bin Musa dari Nafi' dari Ibnu Umar dari Rasulullah saw bersabda: "Ketika terbit fajar, maka habislah solat malam dan solat witir, maka witirlah sebelum terbit fajar." Abu Isa berkata: "Sulaiman bin Musa dia menyendiri hadisnya di dalam lafaz ini". Ada hadis yang telah diriwayatkan dari Nabi saw beliau bersabda: "Tidak ada solat witir sesudah solat Subuh". Seperti inilah beberapa ulamak berpendapat dan dengan hadis inilah Syafi'i, Ahmad dan Ishaq sependapat, mereka berkata: "Tidak ada witir sesudah solat Subuh."

226  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0704.
Dari Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Ketika Abdullah bin Ubay bin Salul meninggal, Rasulullah saw. diminta orang untuk melakukan solat bagi jenazahnya. Ketika Rasulullah saw. telah berdiri untuk solat itu, saya cepat melompat kepada beliau dan berkata, "Ya, Rasulullah! Kenapa Tuan solat untuk anak si Ubay itu. Padahal setiap hari dia selalu mengatakan begini dan begitu." Lalu saya sebutkan kepadanya semua perkataannya itu. Rasulullah saw. tersenyum dan bersabda, "Hai, Umar! Biarkanlah aku!" Setelah berulang-ulang saya mengatakan, maka beliau bersabda, "Sesungguhnya aku boleh memilih; maka aku telah memilih. Sekiranya aku tahu, kalau aku memohonkan ampunan baginya lebih dari tujuh puluh kali akan menguntungkan kepadanya, tentu itu akan ku lakukan." Kata Umar, "Rasulullah jadi juga melakukan solat untuk jenazah Abdullah bin Ubay itu sampai selesai. Tetapi tidak berapa lama sesudah itu, turun dua ayat surat Baraah: "Wa laa tushalli .'ala ahadin minhum maata abada......" (Dan sekali-kali. janganlah kamu solatkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka untuk selama-lamanya, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik). (At Taubah. 9: 84)

227  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1041.
Qutaibah bin Said menceritakan kepada kami, Al Laist memberitahukan kepada kami dari Ibnu Syihab dari Abdurrahman bin Kaab bin Malik, sesungguhnya Jabir bin Abdullah memberitahukan kepadanya, sesungguhnya Nabi saw mengumpulkan dua orang lelaki yang terbunuh dari korban perang Uhud di dalam satu kain kafan, kemudian beliau bersabda: "Mana di antara keduanya yang lebih banyak hafalan Al Quran?" Dan tatkala ditunjukkan salah satunya, maka beliau mendahulukannya ke liang lahad. Dan beliau bersabda: "Saya sebagai saksi atas mereka ini di hari Kiamat nanti". Beliau memerintahkan menguburkannya beserta darah-darahnya, tidak mensolatkan dan tidak memandikannya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Anas bin malik. Abu Isa berkata: "Hadis Jabir adalah hadis hasan sahih. hadis ini telah diriwayatkan dari Zuhri dari Abdillah bin Tsa'labah bin Abu Shu'air dari Nabi saw dan di antara mereka pada yang menyebutkan dari Jabir. Orang-orang ahli ilmu berbeza pendapat di dalam mensolati orang mati syahid. Sebahagian mereka berkata: iaitu pendapat penduduk Madinah; orang mati syahid tidak boleh disolati dan seperti ini pula Asy Syafie dan Ahmad berpendapat. Sebahagian yang lain berpendapat; orang mati syahid wajib disolati. Mereka berpegang pada hadis Nabi saw bahawasanya beliau mensolati Hamzah; itulah pendapat As Tsauri dan ahli Kufah. Seperti ini juga Ishaq berpendapat.

228  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0337.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Husyaim memberitahukan kepada kami, Yunus dan Manshur bin Zadzan memberitahukan kepada kami dari Humaid bin Hilal dari Abdillah bin Ash-Shamit berkata: "Aku mendengar Abu Dzar berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Apabila seseorang melakukan solat dan dihadapannya tidak ada semacam kayu untuk sandaran orang yang naik binatang kenderaan atau semacam bahagian tengah sekedup maka anjing hitam, wanita dan keldai memutuskan solatnya." Lalu aku berkata kepada Abu Dzarr: "Mengapa anjing hitam tidak anjing merah dan anjing putih?" Lalu dia berkata: "Hai anak saudaraku! seperti aku bertanya kepada Rasulullah saw lalu beliau bersabda: "Anjing hitam adalah syaitan." Dalam bab ini terdapat hadis dari Abi Said, Al Hakam Al-Ghifari, Abu Huairah dan Anas. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Dzarr adalah hasan sahih." Dan benar-benar sebahagian para ahli ilmu berpendapat berdasarkan hadis ini mereka berkata: "Keledai, wanita dan anjing hitam dapat memutuskan solat." Ahmad berkata: "Yang tidak aku ragukan adalah bahawa anjing hitam dapat memutuskan solat dan di dalam hatiku sedikit keraguan tentang keldai dan wanita." Ishaq berkata: "Tidak ada sesuatu yang dapat memutuskan solat."

229  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0188.
Abu Salamh Yahya bin Khalaf Al Bashri menceritakan kepada kami, Al Mu'tamir bin Sulaimn menceritakan kepada kami dari ayahnya dari Hanasy dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dari Nabi saw bersabda: "barangsiapa menjama' (mengumpulkan) antara dua solat tanpa uzur (halangan) maka ia telah mendatangi satu pintu dari beberapa pintu dosa-dosa besar." Abu isa berkata: "Hanasy ini adalah Abu Ali Ar Rahabi, dia adalah Husain bin Qais, dia adalah lemah menurut ahli hadis. Ia dilemahkan oleh Ahmad dan lainnya. Pengamalan hadis ini menurut ahli ilmu adalah untuk tidak menjama' antara dua solat kecuali dalam perjalanan atau di 'Arafah". Sebahagian ahli ilmu dari kalangan tabi'in meringankan dalam menjama' antara dua solat bagi orang sakit. Dan dengannya Ahmad dan Ishaq berpendapat. Sebahagian ahli ilmu berkata: "Seseorang boleh menjama' antara dua solat kerana hujan". Dan dengannya Asy Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berpendapat. Asy Syafi'i berpendapat bahawa orang yang sakit itu tidak boleh untuk menjama'antara dua solat."

230  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0125.
Hannad menceritakan kepada kami, Waki', Abdah, dan Abu Mua'awiyah menceritakan kepada kami dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari Aisyah berkata: "Fathimah binti Abi Hubaisy datang kepada Nabi saw lalu ia berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya seorang wanita yang keluar darah istihadkah (darah yang keluar di luar masa haid) maka saya tidak suci. Apakah saya meninggalkan solat?" Beliau bersabda: "Tidak, hal itu hanyalah peluh (keringat) bukan haid. Apabila haid datang maka tinggalkanlah solat. Dan apabila haid berlalu maka mandilah (cucilah) darah dari kamu dan solatlah!" Abu Mua'wiyah berkata dalam hadisnya: "Dan beliau bersabda: "Wudhulah untuk setiap solat sehingga waktu datang." Abu Isa berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ummu Salamah." Abu Isa berkata: "Hadis Aisyah "Fathimah datang" adalah hadis hasan sahih. Itu adalah tidak hanya seorang ahli ilmu dari kalangan para sahabat Nabi saw dan tabi'in. Dengannya Sufyan Ats Tsauri, Malik, Ibnul Mubarak dan Asy Syafi'i berpendapat iaitu bahawasanya wanita yang istihadhah apabila melampaui hari-hari khaidnya ia mandi dan wudhuk bagi setiap solat.